Sunday 26 June 2016

Permainan kecil jaring dan dinding

Permainan kecil jaring dan dinding
Objektif
- Melatih kepantasan minda untuk bertindak. (membuat keputusan)
- Melatih semangat kerjasama antara pasangan dan pasukan.
- Menggunakan strategi untuk memperolehi mata dari pihak lawan.
- Melatih individu menganggar kedudukan bola dan tahap pukulan yang diperlukan.

Alatan
- Tudung  atau tali atau alatan yang sesuai untuk mengikat. (untuk diikat pada kaki)
- Raket badminton (satu raket untuk satu pasangan)
- Bulu tangkis.
- Kain rentang. (lebih besar dari saiz jaring)
- Kod bola tampar.

Peraturan
1.    Satu kaki dan satu tangan diikat mengikut keselesaan
2.    Mata dikira sekiranya pihak lawan tidak dapat membalas pukulan atau bola jatuh melepasi gelanggang.
3.    Satu pasangan hanya dibenarkan menggunakan satu raket sahaja. (pegang mengikut keselesaan)
4.    Bola hendakkan dipukul tinggi manakala “smash” tidak dikira.
5.    Kain rentang digunakan untuk menghadkan pandangan pemain.


Cara bermain
1. Satu kod bola tampar dibahagikan kepada dua bahagian. (A dan B)




                       


3. Tiap satu kawasan perlulah mempunyai satu pasangan (berserta kaki dan tangan terikat).
      
  
4. Raket diberikan setiap satu untuk setiap pasangan.
5. Pukulan servis boleh diambil mengikut keselesaan masing-masing (tiada peraturan)        
    dalam keaadaan jaring ditutup menggunakan kain rentang.
6. Mata dikira sekiranya pihak lawan tidak dapat mambalas pukulan.
7. Bola mestilah dipukul tinggi kepada pihak lawan.
8. Pasangan yang mencapai 10 mata terlebih dahulu akan memenangi perlawanan.

Ciri keselamatan
- Baju mestilah mengikut kesesuaian aktiviti.
- Pastikan raket tidak patah atau bengkok.
- Tidak menggunakan alatan tajam.
- Tidak memakai barangan kemas.
- Tambahan untuk amatur untuk memakai alatan sampingan (pelindung siku dan lutut)


AKTIVITI PERGERAKAN FIZIKAL SEPERTI GIMNASTIK IRAMA DAN PERGERAKAN KREATIF MENGGALAKKAN KANAK-KANAK BERSIKAP POSITIF, BERPENGETAHUAN, DAN BERKEMAHIRAN KE ARAH GAYA HIDUP YANG SIHAT

AKTIVITI PERGERAKAN FIZIKAL SEPERTI GIMNASTIK IRAMA DAN PERGERAKAN KREATIF MENGGALAKKAN KANAK-KANAK BERSIKAP POSITIF, BERPENGETAHUAN, DAN BERKEMAHIRAN KE ARAH GAYA HIDUP YANG SIHAT


     Pergerakan tubuh adalah perkara asas yang sangat penting. Pada masa kini kegiatan aktiviti fizikal semakin dititikberatkan kerna ia membawa pelbagai impak positif kepada kegiatan seharian setiap orang. Kanak-kanak  sejak dilahirkan memang sudah ditakdirkan untuk suka bergerak bebas. Persoalannya, bagaimanakah untuk menarik minat kanak-kanak pada zaman sekarang? Oleh itu, setiap individu perlulah cuba untuk mendekatkan diri atau menceburi aktiviti ini bagi meningkatkan taraf kesihatan diri sendiri. Untuk kanak-kanak, sebelum mereka dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pelbagai elemen terlibat dalam melakukan aktiviti ini. Di samping, antara cara yang mampu membantu dalam menjayakan aktiviti ini adalah melalui pembelajaran sejak dari awal bangku persekolahan lagi. Antara perkara yang boleh dipelajari oleh mereka ialah melalui pergerakan tubuh badan melalui aktiviti fizikal. Pergerakan tubuh adalah merupakan elemen yang sangat penting bagi mengaprisasikan sesebuah gabungan pergerakan yang menarik. Oleh itu , pendedahan kepada pergerakan tubuh ini sangat penting untuk setiap individu kerana kepelbagaian kesan yang baik yang telah dibuktikan. Sebagai contoh, kebanyaka atlet Negara yang berjaya di peringkat kebangsaan adalah merupakan pelajar daripada pusat latihan Negara seperti sekolah-sekolah sukan dan sekolah-sekolah projek. Kesedaran tubuh badan membolehkan kita  mengenali bahagian tubuh badan dan mengawal pergerakan yang dilakukan oleh tubuh. Manakala, bagi pergerakan kretif yang ingin dipelajari ini memerlukan pengalaman, inspirasi , dan faktor persekitaran sebagai aspek yang perlu diketahui. Misalnya, pembelajaran secara teori tidak banyak membantu kerana pengalaman melakukan aktiviti dengan cara amali seperti yang dilakukan di peringkat sekolah. Jadi, terdapat banyak cara yang boleh dipelbagaikan bagi memberi kesesuaian dalam menjalankan  sesebuah aktiviti itu.

     Selain itu, ibu bapa hendaklah menjadi ikon dalam keluarga mereka. Ibu bapa perlulah mengambil peranan mereka dalam memberi pengetahuan tentang kepentingan gaya hidup yang sihat bagi setiap kanak-kanak terutamanya meraka yang masih berada di bangku persekolahan. Antara kepentingan yang perlu ditekankan kepada kanak-kanak ialah kepentingan dalam melakukan senaman. Senaman boleh dipraktikkan dalam pelbagai bentuk. Tidak dinafikan kanak-kanak zaman sekarang lebih menumpukan perhatian mereka kepada gadjet-gadjet canggih,akan tetapi disinilah kita dapat melihat peranan sebenar peranan ibubapa dalam menanam minat anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti senaman. Ia juga menjadi sebagai cabaran baru guru masa kini dalam menyelesaikankan masalah dalam memupuk minat pelajar dalam melakukan kegiatan sihat ini. Aktiviti senaman ini tidak sahaja boleh dilakukan secara formal malah ibubapa boleh melakukan perubahan dalam setiap jenis senaman bagi memastikan ia memenuhi minat da citarasa anak-anak mereka. Selain itu, gaya hidup sihat kanak-kanak boleh diterapkan dengan melalui amalan gaya hidup yang sihat. Sebagai contoh, antara amalan gaya hidup sihat yang dapat dipraktikkan dalam diri setiap kanak-kanak ialah dengan menjauhi amalan merokok,  (malaysia, 1998)mengurangkan pengambilan makanan segera, dan amalan berjumpa dengan doktor sekali setiap tahun untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Kemudian, kanak-kanak juga boleh diterapkan dengan amalan pengambilan makanan seimbang. Pengambilan makanan seimbang mengikut keperluan adalah antara sesuatu perkara yang perlu diambil kira dalam menjalani amalan gaya hidup sihat. Jadual piramid makanan adalah sangat penting disamping juga dapat membantu para pengamal gaya hidup sihat untuk mengawal pemakanan seimbang mereka. Maka dengan ini, kepentinga gaya hidup sihat kepada kanak-kanak adalah sangt penting bagi memastikan generasi akan datang memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak mengidap sebarang penyakit berbahaya. Pelbagai kempen telah dilaksanakan sebagai contoh kempen amalan hijau, kempen kitar semula, dan kempen gaya hidup sihat.

     Antara aktiviti yang boleh dipelajari oleh individu ialah seperti aktiviti gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Selain dapat menghindari diri daripada penyakit, ia juga mampu memupuk minat para kanak-kanak dalam melakukan aktiviti sihat . Melalui aktiviti gimnastik irama, ia memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran secara individu mahupun berkumpulan dalam membuat ekplorasi yang unik dan kreatif serta menggunakan tubuh badan dan alatan yang telah ditetapkan. Manakala, pergerakan kreatif pula adalah merupakan satu bentuk aktiviti yang memanipulasikan gerakan fizikal anggota badan dengan menyeluruh dan dilakukan secara kreatif dan menarik bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka secara individu. Pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak menari atau bergerak secara spontan mahupun dirancang mengikuti muzik yang telah dimainkan. Setiap individu ekspresikan perasaan dan persepsi mereka berpandukan sumber musik yang didengari. Dengan ini dapat mengajar mereka ilmu-ilmu baharu dan berkemahiran dalam melakukan setiap pergerakan yang dipelajari. Melalui aktiviti seperti ini juga, kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah peribadi mahupun umum. Bagi aspek memanupulasi alatan dalam aktiviti  ini pula dapat memperlihatkan kemahiran mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Pelajar akan mula belajar sendiri untuk mengendalikan perasaan mereka melalui pergerakan. Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik yang mereka dengari. Oleh itu, penggunaan dan pemilihan lagu yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan dapat membantu para pengajar justeru dapat menambah minat mereka dalam menanam minat untuk belajar secara berterusan.

     Dari sini dapat dilihat dimana peranan sesetengah individu dalam melaksanaan tanggungjawab mereka. Sebagai contoh, peranan ibubapa sangat penting dapat  memupuk minat kanak-kanak untuk mempelajari aktiviti sihat ini. Pendedahan dirumah sangat penting dalam memberi sokongan dalam usaha mereka semasa ingin mempelajari aktiviti seperti gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Misalnya, ibubapa boleh membelikan alatan permainan yang berkaitan seperti gegelung untuk anak-anak mereka bermain. Selain itu juga, peranan guru disekolah dalam mendedahkan tentang kebaikan mempelajari dan menguasai asas pergerakan ini juga mampu memupuk minat kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, penguasaan secara menyeluruh amatlah penting supaya ilmu dapat disampaikan dengan berkesan. Strategi pengajaran juga penting supaya murid tidak mudah bosan dengan apa yang akan mereka pelajari. Masyarakat juga turut mempunyai peranan atau tanggungjawab mereka sendiri dimana mereka juga turut menjadi aset bagi menggerakkan serta menunjukkan minat dalam menjalankan amalan hidup yang sihat. Semua ini terjadi kerana masyarakat mampu memainkan peranan mereka dalam menambah minat golongan kanak-kanak pada zaman ini. Masyarakat juga mempunyai pengaruh yang tinggi dan mampu mengubah cara hidup mereka. Rasa tanggungjawab kepada bangsa dan Negara dalam kalangan setiap individu mewujudkan semangat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang menerapkan amalan gaya hidup sihat adalah tanggungjawab bersama. Maka, sikap kerjasama diantara satu sama lain amat penting bagi menjayakan dan melahirkan sesebuah Negara yang boleh dijadikan sebagai sebuah negara contoh bagi negara-negara lain. Pengurusan organisasi dan pengurusan kerja yang berasaskan teknologi maklumat juga sedikit sebanyak telah membawa kepada satu revolusi baru dalam usaha menjalankan amalan gaya hidup sihat ini khususnya dalam bidang-bidang kesukanan.

     Antara cadangan terhadap aktiviti gimnastik irama dan pergerakan kreatif dalam usaha untuk diaplikasikan dengan lebih baik atau semakin menyeronokkan. Ini juga merupakan antara langkah-langkah bagi menarik minat kanak-kanak menceburi bidang ini. Maklumat berkenaan disalurkan melalui pelbagai metod dengan turut mengambil kira aspek keberkesanannya. Dalam aktiviti gimnastik irama, penggunaan lagu dan pergerakan menarik adalah sangat penting. Terdapat beberapa usaha menarik minat untuk kanak-kanak menyertai aktiviti ini. Perkembangan teknologi informasi telah menyebabkan perubahan terhadap kehidupan masyarakat dalam segala aspek di negara ini. Antaranya, menggunakan lagu yang moden dan mengikuti perkembangan semasa. Selain itu juga,pergerakan juga boleh diaplikasikan dengan menggunakan tarian-tarian moden yang ada pada zaman kini. Kanak-kanak pada abad ini sangat mengikuti perkembangan semasa, jadi penggunaan tema moden adalah sangat menepati citarasa mereka. Pelbagai lagu dan tarian telah tercipta mengikut perkembangan zaman.dan ia turut menjadi ikutan orang ramai. Maka, gabungan elemen moden boleh dilakukan bagi meningkatkan tahap mnat mereka. Tambahan lagi, antara pengaruh yang sangat besar dan disamping menjadi elemen penghantar ialah melaui media massa. Sebagai contoh, antara permainan yang menjadi tarikan di Malaysia seperti permainan hoki dan bola sepak yang telah disiarkan di media massa dan telah mendapat pengaruh peminat yang sangat tinggi. Oleh itu, ternyatalah bahawa media massa mampu menarik minat penonton terutamanya dikalangan kanak-kanak. Selain itu, kegagalan fungsi media massa dalam menyiarkan kan maklumat juga serupakan antara masalah yang sering memberi kesan yang amat mendalam dalam  sesebuah aktiviti kesukanan.


     Akhir sekali, kebaikan yang akan datang daripada aktiviti pergerakan ini dapat juga diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Individu akan mempunyai lebih kelebihan ketika melakukan aktiviti sebagai contoh aktiviti yang dijalankan ketika berada di sekolah. Semasa di sekolah, pelajar yang ingin mengambil bahagian dalam acara sukan perlulah mempunyai kemahiran yang spesifik sebagaimana yang diperlukan ketika memainkan aktiviti sukan tersebut. Perkara yang paling penting yang ingin dicapai ialah untuk meningkatkan dan memperbaiki amalan gaya hidup sihat supaya mengikut piawaian dan justeru melahirkan golongan masyarakat yang sihat daripada segi rohani, jasmani dan intelektual. Amalan yang membina ini sentiasa akan memastikan tahap kesihatan supaya sentiasa akan berada didalam keadaan yang sangat baik. Sebagai contoh, gaya hidup sihat akan selalu memberi faedah yang tinggi kepada tahap kecergasan anggota badan tetutamanya kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal amat penting dalam kehidupan masing-masing. Misalnya, aktiviti senaman yang menarik dan berterusan mampu menjadikan diri individu lebih sihat dan menceriakan. Pergerakan pelbagai aras yang melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan dapat dipelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan. Pergerakan menggunakan ruang diri dan ruang am boleh dilakukan dengan pelbagai aras tinggi, sederhana dan rendah mengikut kemampuan individu dan mengikut kesesuaian keadaan. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat mencetus keadaan dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Kesimpulannya, aktiviti pergerakan kreatif hendaklah dijalankan dan dikendalikan berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan kepada diri mereka.

kemahiran pergerakan asas dan gimnastik


kesantunan bahasa

1.0 PENDAHULUAN
   Pada masa kini, telah banyak filem telah disiarkan di khalayak ramai dalam pelbagai genre. Akan tetapi, filem dan drama Melayu  yang disiarkan oleh pihak televisyen Malaysia banyak memaparkan kisah-kisah masyarakat yang mengabaikan aspek kesantunan dalam masyarakat Malaysia. Perkara ini sangat tidak sejajar dengan konsep keperibadikan orang Melayu yang dikatakan hidup dengan penuh kesopanan. Malahan, hal ini  akan mempengaruhi gaya hidup masyarakat agar menjadi lebih negatif dan tidak mengamalkan lagi kesantunan dalam hidup mereka. Oleh sebab demikian, kesantunan harus dipupuk dalam hidup masyarakat sejak kecil.
   Definisi kesantunan ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Dr. Awang Sariyan(2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradap, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat bermasyarakat. Contohnya, semua masyakat Melayu melarang anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan orang yang lebih tua dari mereka kerana perbuatan tersebut dianggap tidak menghormati orang lain.
   Kesantunan berbahasa terbahagi kepada dua iaitu kesantunan berbahasa verbal dan kesantunan berbahasa non verbal. Kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Hal ini menjelaskan bahawa masyarakat yang penuh kesantunan akan bertutur dengan menggunakan bahasa halus. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tertib.

Kesantunan berbahasa non verbal pula ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradap dan sopan. Bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa non verbal itu. Tuntasnya, tidak kira sama ada melalui verbal atau non-verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini
2.0 Filem yang dipilih sebagai filem pilihan
   Untuk menonjolkan kesantunan dalam filem atau drama, saya memilih filem “PAPA I LOVE YOU”. Saya beranggapan bahawa filem ini bersesuaian dengan tema kesantunan yang saya cuba tonjolkan dari aspek positif dan negatif. Filem ini juga bersesuaian dengan semua lapisan umur dan mampu memupuk kesantunan serta memberi pengajaran kepada masyarakat.
3.0 Sinopsis
   Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

   Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.


4.0 Ulasan
Karya kedua Hashim Rejab selepas Sekali Lagi ini ternyata filem yang dekat di hati penonton tempatan. Ketepikan unsur komersial berlebihan, lawak jenaka bodoh, drama air mata atau kesan khas yang memeningkan, Papa, I Love You sebuah naskhah jujur. Jujur di segi plot, watak dan jiwa filem itu.Penulis 'tabik spring' kepada Zalif yang berjaya membawa diri sebagai Baha, bapa tunggal yang terpaksa menyara anak perempuan tunggalnya, Mia. Walaupun terlalu hijau untuk dikategorikan hebat dalam lakonan, Zalif sebenarnya berjaya mengharungi setiap detik dengan bersahaja.



Mungkin bunyinya seolah-olah Papadom karya Afdlin Shauki yang turut mengangkat tema sama, Papa, I Love You sangat ringan dan sesuai sebagai filem keluarga.Bukan bertujuan membezakan karya Afdlin dan Hashim tapi bila diamati, kedua-duanya mempunyai daya tarikan sendiri dan kelebihan. Bagi penulis, karya Afdlin berat manakala Hashim lebih ringan.Jika bakat lakonan Zalif dapat dicanai dengan lebih mendalam, tidak mustahil kita akan melihat kematangan dalam jiwanya kelak.

Sayangnya, Lisa Surihani seolah-olah hilang taring membawa watak Elly. Entah mengapa, dia bagai hanyut dalam dunianya sendiri. Secara jujur, bukan tujuan penulis menyatakan sisi buruk lakonannya tapi kematangan Lisa sebagai pelakon berkaliber kurang jelas.Selain geraknya yang dirancang pengarah, wajah comel serta cara Mia menyampaikan dialog masih mentah untuk diperkatakan penulis. Pun begitu, anak kecil itu mempunyai daya tarikan sendiri untuk menguatkan jalan cerita Papa, I Love You. Penulis juga kurang faham dan sedikit kecewa dengan beberapa plot yang ibarat 'melepaskan batuk di tangga'. Antaranya ketika cuba menonjolkan sisi perubahan setiap watak yang dilakukan tampak pantas. Saya sangat berpuas hati dengan filem ini. Ia ibarat menikmati air tangan ibu sendiri, walaupun hidangan itu sekadar telur goreng dadar berintikan bawang dan cili.
5.0Kesantunan berbahasa
   5.1 Kesantunan verbal
                 Kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal ditonjolkan terutamanya semasa bercakapa dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
                Sebagai analoginya, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar, serta sesi ucapan. Masyarakat Melayu amat mementingkan kesantunan berbahasa kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat tersebut. Contohnya, bersalam-salaman apabila bertemu orang yang dikenali sebagai tanda menghormati orang lain.

  Kesantunan berbahasa verbal yang saya dapati dalam filem ini ketika adegan Mia dan Zalif berkhemah pada malam hari.
     “ayah, kenapa kita tidur disini?”
     “laa.. kan Mia cakap bosan tidur di rumah jadi kita tidur di sini”
   Adegan ini menunjukan bahawa Zalif sebagai ayah sangat sayangkan anaknya sehingga dia sanggup untuk memasang khemah untuk mereka tidur di luar rumah. Anaknya, mia memberi respon gembira sebagai menunjukkan rasa suka terhadap apa yang telah dilakukan oleh ayahnya. Dalam petikan surah al-israk ayat 23 ada menyatakan “dan hendaklah kamu berbuat baik terhadap ibubapa” ini menunjukkan bahawa kasih sayang antara keluarga dan anak-anak adalah sangat penting dalam perhubungan .
   Seterusnya, antara kesantunan berbahasa verbal yang dapat dilihat melaui filem ini adalah ketika Zalif masuk ke kedai untuk menanyakan tentang kerja kosong.
     “hello, selamat sejahtera ada apa yang saya boleh bantu ?”
     “selamat sejahtera, erm,saya Nampak kertas di depan tu untuk kerja kosong.”
   Melalui adegan ini, kita dapat melihat Bob menyapa Zalif dengan baik dengan mengucapkan selamat sejahtera. Mereka berdua menggunakan bahasa yang sopan ketika berinteraksi. Percakapan yang sangat sopan sangat mempengaruhi sikap seseorang terhadap kita. Layanan yang baik akan di balas dengan layanan yang baik juga. Hal ini jelas membuktikan kesantunan berbahasa verbal wujud dalam dialog ini. 


  5.2 Kesantunan non verbal
               Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradap dan sopan. Bahasa merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, padangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh. Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan emosional seseorang seperti perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira dan minat. Kita juga boleh mengetahui bagaimana sikap seseorang jika dia seorang yang bersiap sedia untuk berinteraksi atau memberi perhatian terhadap penutur atau tidak melalui mata.
   Melaui adegan ini, kesantunan berbahasa non verbal dapat dibuktikan melalui perbuatan Zalif yang mencium dahi anaknya, Mia. Ini telah menunjukkan sikap kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Ini juga telah menunjukkan bahawa mereka menerapkan sifat kesantunan berbahasa non verbal dalam kehidupan seharian mereka.
   Adegan ini menunjukkan perasaan marah Zalif terhadap Lisa kerana Lisa telah bersama anaknya tanpa pengetahuannya. Ketika ini,jelas bahawa Lisa tidak mengamalkan kesantunan kerana telah bersama anak Zalif tanpa pengetahuan bapa kandungnya sendiri. Kesantunan berbahasa non verbal yang patutLlisa lakukan ialah memberitahu terus bahawan Mia bersama dengannya ketika bapanya sedang mencari anaknya yang hilang itu. Sepatutnya Zalif juga tidak perlulah memarahi Lisa. Dalam firman Allah di dalam al-quran juga ada menyatakan “kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata lemah lembut ,semoga ia beringat atau takut”. Melaui ayat ini, islam menyatakan bahawa kita perlulah menggunakan kata-kata yang baik ataupun lembut. Zalif sepatutnya menyelesaikan dengan cara yang baik supaya Lisa dapat menerimanya dengan senang hati.
   Adegan ini juga menunjukkan mereka saling berpegang tangan dimana menunjukkan bahawa mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Kesantunan berbahasa itu dapat dilihat ketika mia mengajak Zalif dan Lisa untuk makan. Mia mengajak dengan sopan untuk makan bersama dan mereka menuruti permintaan mia tersebut. Jadi, jelas menunjukkan rasa kasih sayang orang dewasa kepada kanak-kanak.

6.0 Justifikasi terhadap hujah
   Secara keseluruhannya, kesantunan berbahasa sangat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia ia melambangkan tingkah laku, sikap dan budaya sesebuah masyarakat itu. Jika sesebuah masyarakat itu tidak ada kesantunan dalam berbahasa, maka mereka akan mudah bertelagah antara satu sama lain. Namun begitu, kesantunan dalam berpakaian juga dituntut kerana dari pelbagai segi sebagai contoh pakaian. Contohnya, seseorang yang berpakaian tidak sopan bermakna mungkin individu tersebut kurang sopan tingkah lakunya. Walaupun begitu, kita tidak digalakkan menilai seseorang dengan melihat luaran sahaja. Hal ini kerana, kadang-kadang luaran tidak melambangkan hati yang di dalam sama ada baik ataupun tidak baik.
   Selain itu juga, golongan muda pada hari ini juga sudah hilang rasa homatnya kepada golongan tua. Keadaan ini berlaku tidak kira dari segi pertuturan mahupun perbuatan. Dari segi pertuturan, kita sendiri boleh lihat bagaimana orang muda menggunakan kata ganti nama diri mereka sewaktu berbicara dengan orang yang lebih tua. Contohnya, ‘Mak aku nak duit belanja lebih hari ni sebab nak beli buku’.Berdasarkan contoh tersebut, penggunaan kata ganti nama diri ‘aku’ itu langsung tidak sesuai digunakan apatah lagi apabila kita berbicara dengan ibu bapa kita. Pada pendapat saya, penggunaan kata ganti nama diri ‘aku’ itu terlalu kasar dan ianya perlu diganti dengan kata ‘saya’ yang lebih bersifat sopan.
   Seterusnya, dari segi perbuatan pula, situasi yang tidak mengamalkan kesantunan berbahasa adalah sewaktu menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, kereta api dan seumpamanya  yang mana golongan muda tidak memberi laluan atau ruang untuk golongan tua  untuk duduk. Mereka lebih gemar membuat hal sendiri tanpa memperdulikan kewujudan insan lain yang lebih berhak untuk duduk. Keadaan ini jelas memaparkan sikap atau perbuatan mereka yang tidak menunjukkan rasa hormat kepada golongan itu. Oleh itu, diharapkan keadaan seperti ini dapat diubah seperti bak kata pepatah ‘Yang tua dihormati, yang muda disayangi’.

7.0 Rumusan

   Kesimpulannya, adalah sangat penting untuk kita saling menjaga kesantunan bahasa Melayu kita supaya dapat memartabatkan kesantunan berbahasa  sebagai satu nilai yang sungguh unik dan harmonis di mata dunia. Sebagai penutup, apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi, maka lambat-laun hilanglah bangsa itu. Sikap meminggirkan bahasa akan melenyapkan bangsa sendiri dalam negara bangsa yang dibina sejak berkurun lamanya. Bak kata pepatah, “bahasa melambangkan jiwa bangsa” dan “bahasa menunjukkan bangsa”. Tidak maju sesuatu bangsa itu tanpa adanya bahasa.

Peranan mata pelajaran pendidikan jasmani salam membantu pembangunan berkaitan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seseorang murid di sekolah rendah

Peranan mata pelajaran pendidikan jasmani salam membantu pembangunan berkaitan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seseorang murid di sekolah rendah

1.0 Pendahuluan
    Pembelajaran pendidikan jasmani adalah merupakan sebuah matapelajaran yang semakin dititikberatkan pada masa kini.Pendidikan Jasmani adalah merupakan sebuah proses pembelajaran yang menyeluruh dan merangkumi aspek yang domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pada asalnya, pendidikan jasmani bermula ketika zaman prasejarah yang merangkumi kegiatan jasmani dan kecergasan. Semua ini berlaku kerana didorong perasaan untuk terus hidup. Pada zaman itu, mereka perlu memburu untuk mencari makanan dan terus hidup. Dan ia juga telah menjadi kegiatan harian mereka pada ketika itu. Masa telah pun mengubahkan segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan untuk menjaga kesihatan. Pada zamn itu juga, mereka hidup berpindah-randah dan aktiviti ini memerlukan kadar stamina yang tinggi. Jadi mereka perlulah untuk hidup dalam keaadaan sihat dan cergas melalui cara mereka seperti memburu. Pada zaman neolitik pula, manusia ketika itu bermula untuk menjalankan aktiviti pertanian bagi menggantikan aktivi memburu mereka. Manusia ketika itu tidak lagi berpindah-randah kerana memiliki amalan baru iaitu menjalankan aktiviti pertanian. Gaya hidup mereka dikenali sebagai agrarian. Selain itu juga, seperti di cina pula mereka menjadikan aktiviti kung-fu kerana ia dapat membantu tubuh badan tubuh menjadi sihat dan berfungsi dengan baik . selain kung-fu juga, aktiviti lain juga turut diwujudkan seperti memanah,menari dan berlawan pedang. Manakala di india pula menggunakan yoga untuk terus hidup dengan cergas san sihat. Pentadbiran di timur tengah pula yang berasaskan ketenteraan juga dijadikan sebagai antara cara untuk masyarakat mereka terus mementingkan tahap kecergasan mereka. Mereka telah dididik sejak kecil dan sebagai objektif untuk melahirkan masyarakat yang kuat dari segi kekuatan dan stamina selain kebaikan untuk kesihatan. Oleh itu, pengharyatan dalam sejarah dan perkembangangan pendidikan jasmani untuk kesihatan ini adalah sangat penting bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dalam menghadapi kehidupan seharian di samping dapat menyumbangkan dalam pembangunan Negara kita.

2.0 Kepentingan pendidikan jasmani dalam falsafah Negara
     Selain itu, pendidikan jasmani ini juga memiliki kepentingannya yang tersendiri dalam menjayakan falsafah pendidikan Negara. Antaranya ,pembelajaran ini dapat menggalakkan anak-anak muda bersukan. Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Bersukan dapat menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas.Sehubungan dengan itu,kerajaan dapat mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati penyakit rakyat.Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modal-modal yang berlebihan ke sektor-sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020 terutamanya sektor industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif individu sendiri juga, seseorang itu juga dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan secara kerap.Manakala,individu berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas seperti makanan,minuman,pakaian dan lain-lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya. Di samping itu juga, pembelajran ini juga penting bagi bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Mereka dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan dan menguasai kemahiran asas di samping mengalami pembelajaran untuk membentuk sahsiah dan disiplin diri dan belajar untuk membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan dengan secara tidak langsung. Ini sangat sejajar dengan apa yang dikehendaki dalam usaha menjayakan falsafah pendidikan Negara. Murid perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal.


3.0 Peranan mata pelajaran pendidikan jasmani dalam pembangunan sukan negara
     Terdapat banyak peranan matapelajaran ini dalam membantu pembangunan murid. Antara  yang dapat dilihat melalui pembelajaran pendidikan jasmani ini adalah pelajar akan dapat diberi ruang untuk mereka  mencuba dan mengalami sendiri pengalaman untuk menjalankan semua aktiviti fizikal dengan sendiri tanpa dibeza-bezakan. Sesungguhnya,pembelajaran ini sangat berupaya untuk menyediakan kanak-kanak dalam usaha untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Maka, Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar dalam pelbagai aspek. Selain belajar memahami dengan sendiri semasa menjalankan aktiviti pendidikan jasmani ini mereka juga dapat cuba menerapkan sikap itu semasa menjalankan aktiviti pembelajaran dalam matapelajaran yang lain.Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani ini dapat dilihat sebagai alat bagi memangkin kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini telah menyebabkan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanakterutamanya bagi sesi pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani telah menjadi  matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Keistimewaan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Ini dapat disimpulkan, Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai dengan jayanya.



4.0 Contoh sumbangan
     Seterusnya, pembelajaran pendidikan jasmani ini telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan sukan Negara kita. Antara sumbangan yang dapat dilihat adalah dengan wujudnya ahli sukan bertaraf dunia di Malaysia. Setiap ahli sukan pada mulanya mesti akan diajar dahulu sebelum mereka dapat menguasai sepenuhnya semasa di peringkat persekolahan. Justeru kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya memberi penekanan kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak yang kurang mahir dalam aktiviti sukan kerana setiap orang memerlukan peluang untuk mencuba. Tanpa usaha yang gigih, mereka tidak akan berjaya menjadi seorang ahli sukan yang berjaya dan mampu menjulang nama Negara di mata dunia. Kecuaian dan sikap sambil lewa para pengajar perlulah diambil perhatian bagi memastikan proses pembentukan kanak-kanak yang mahir dalam menguasai kemahiran bermain. Seterusnya, kewujudan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah rendah dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi ini juga dapat mendedahkan kepada semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan selepas kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi.Kegiatan-kegiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan yang biasanya kita jalankan. Kebiasaannya ahlit sukan yang mengalami masalah kecederaan serius ini adalah disebabkan kecuaian mereka sendiri. Secara umumnya, setiap orang mesti mengetahui cara bermain dengan betul. Dengan wujudnya, ahli sukan yang tidak mengikut peraturan permainanlah yang telah membawa imej buruk dalam kejohanan sukan Malaysia.




5.0 Rumusan
     Natijahnya, sesi pembelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani amatlah berguna dalam membantu pembangunan seseorang murid di sekolah rendah. Pelbagai input penting dapat dilaksanakan dengan baik. (singh, 2010) (H., 2008) Sememangnya mata pelajaran pendidikan jasmani ini merupakan implimentasi sepenuhnya di mana pelaksanaan pendidikan jasmani dari aspek pengajaran, pembelajaran, dan penilaian merupakan satu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini sangat sejajar dengan usaha kerajaan dalam membentuk masyarakat yang sempurna dai segi pembelajaran jasmaninya. Penekanan sesi pembelajaran ini merangkumi kepada penglibatan murid secara aktif dan selamat dan interaksi yang kreatif dengan persekitaran. Selain itu, sejajar dengan tuntutan falsafah pendidikan negara, seseorang pendidik itu harus tahu tentang emosi dan rohani pelajar mengikut peringkat perkembangannya. Pada peringkat ini golangan remaja harus dikawal dan dicegah daripada perkembangan rohani yang tidak diingini. Pendidik sewajarnya bersifat penyayang dan membantu pelajar serta membimbing mereka agar menyelesaikan masalah rohani mereka dengan cara yang berpatutan di samping menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada para pelajar. Konklusinya, sebagai negara yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi, maka aspek rohani perlulah ditegaskan dengan maksud menghubungkan manusia dengan Allah. Ini tentulah menyentuh persoalan dasar kepercayaan dan ketakwaan kepada Allah. Apabila diperkatakan konsep rohani, maka wajarlah dihayati aspek keimanan, tradisi keilmuan, ketakwaan, serta amal yang salih. Oleh itu, dengan wajar perkara-perkra ini dihayati di dalam pembelajaran agar dapat mencapai matlamat dalam falsafah pendidikan Negara

Fungsi kulit
Kulit memiliki banyak fungsi, yang berguna dalam menjaga homeostasis tubuh. Fungsi-fungsi tersebut dapat dibedakan menjadi fungsi proteksi ( perlindungan ), absorpsi, ekskresi, persepsi, pengaturan suhu tubuh (termoregulasi), dan pembentukan vitamin D.

1. Kulit sebagai pelindung
Kulit memiliki lapisan kulit yang berfungsi sebagai pelindung tubuh dari tiap bagian lapisan kulit terdalam sampai luar, seperti :
- Sel Keratin berfungsi melindungi kulit dari mikroba, abrasi (gesekan), panas, dan zat kimia. Keratin merupakan struktur yang keras, kaku, dan tersusun rapi dan erat seperti batu bata di permukaan kulit.
- Lipid yang dilepaskan mencegah evaporasi air dari permukaan kulit dan dehidrasi, selain itu juga mencegah masuknya air dari lingkungan luar tubuh melalui kulit.
- Sebum yang berminyak yang berasal dari kelenjar sebasea mencegah kulit dan rambut dari kekeringan serta mengandung zat bakterisid yang berfungsi untuk membunuh bakteri di permukaan kulit. Dengan adanya sebum ini, bersamaan dengan ekskresi keringat, akan menghasilkan mantel asam dengan kadar pH 5-6.5 yang mampu menghambat pertumbuhan mikroba.
- Pigmen melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit efek dari sinar UV yang berbahaya. Pada stratum basal, sel-sel melanosit melepaskan pigmen melanin ke sel-sel di sekitarnya. Pigmen ini bertugas melindungi materi genetik dari sinar matahari, sehingga materi genetik dapat tersimpan dengan baik. Apabila terjadi gangguan pada proteksi oleh melanin, maka dapat timbul keganasan. Pigmen melanin merupakan lapisan kulit yang berfungsi sebagai pemberi dan perubahan warna kulit. Untuk itu pakailah Hand Body Lotion untuk mencegah kulit dari pancaran sinar matahari, karena pigmen kulit mudah sekali berubah.
- Selain itu ada sel-sel yang berperan sebagai sel imun yang protektif. Yang pertama adalah sel Langerhans, yang merepresentasikan antigen terhadap mikroba. Kemudian ada sel fagosit yang bertugas memfagositosis mikroba yang masuk melewati keratin dan sel Langerhans.

2. Fungsi absorpsi
Kulit tidak bisa menyerap air, tapi bisa menyerap material larut-lipid seperti vitamin A, D, E, dan K, obat-obatan tertentu, oksigen dan karbon dioksida. Permeabilitas kulit terhadap oksigen, karbondioksida dan uap air memungkinkan kulit ikut mengambil bagian pada fungsi respirasi. Selain itu beberapa material toksik dapat diserap seperti aseton, CCl4, dan merkuri. Beberapa obat juga dirancang untuk larut lemak, seperti kortison, sehingga mampu berpenetrasi ke kulit dan melepaskan antihistamin di tempat peradangan.
Kemampuan absorpsi kulit dipengaruhi oleh tebal tipisnya kulit, hidrasi, kelembaban, metabolisme dan jenis vehikulum. Penyerapan dapat berlangsung melalui celah antarsel atau melalui muara saluran kelenjar tetapi lebih banyak yang melalui sel-sel epidermis daripada yang melalui muara kelenjar.

3. Fungsi ekskresi
Kulit juga berfungsi sebagai tempat pembuangan suatu cairan yang keluar dari dalam tubuh beruoa keringat dengan perantara 2 kelenjar keringat yang dimiliki, yakni kelenjar sebasea dan kelenjar keringat:
- Kelenjar sebasea
Kelenjar sebasea merupakan kelenjar yang melekat pada folikel rambut dan melepaskan lipid yang dikenal sebagai sebum menuju lumen. Sebum dikeluarkan ketika muskulus arektor pili berkontraksi menekan kelenjar sebasea sehingga sebum dikeluarkan ke folikel rambut lalu ke permukaan kulit. Sebum tersebut merupakan campuran dari trigliserida, kolesterol, protein, dan elektrolig. Sebum berfungsi menghambat pertumbuhan bakteri, melumasi dan memproteksi keratin.
- Kelenjar keringat
Walaupun stratum korneum kedap air, namun sekitar 400 ml air dapat keluar dengan cara menguap melalui kelenjar keringat tiap hari. Bagi seorang yang bekerja dalam ruangan mengekskresikan 200 ml keringat tambahan, dan bagi orang yang aktif bekerja di luar ruangan akan menghasilkan kelenjar keringat yang lebih terbuka sehingga keringat yang dikeluarkan lebih banyak dari mereka yang bekerja di dalam ruangan. Selain mengeluarkan air dan panas, keringat juga merupakan sarana untuk mengekskresikan garam, karbondioksida, dan dua molekul organik hasil pemecahan protein yaitu amoniak dan urea.

Ada 2 macam kelenjar keringat yang di produksi oleh tubuh, yaitu kelenjar keringat apokrin dan kelenjar keringat merokrin.
- Kelenjar keringat apokrin terdapat di daerah aksila, payudara dan pubis, serta aktif pada usia pubertas dan menghasilkan keringat yang kental, banyak dan bau yang khas. Kelenjar keringat apokrin bekerja ketika ada sinyal dari sistem syaraf dan hormon sehingga sel-sel mioepitel yang ada di sekeliling kelenjar berkontraksi dan menekan kelenjar keringat apokrin. Akibatnya kelenjar keringat apokrin melepaskan sekretnya ( keringat ) ke folikel rambut lalu ke permukaan luar.
- Kelenjar keringat merokrin (ekrin) terdapat di daerah telapak tangan dan kaki. Sekretnya mengandung air, elektrolit, nutrien organik, dan sampah metabolisme. Kadar pH-nya berkisar 4.0 – 6.8. Fungsi dari kelenjar keringat merokrin adalah mengatur temperatur permukaan, mengekskresikan air dan elektrolit serta melindungi dari agen asing dengan cara mempersulit perlekatan agen asing dan menghasilkan dermicidin, sebuah peptida kecil dengan sifat antibiotik.

4. Fungsi persepsi
Kulit mengandung ujung-ujung syaraf sensorik di dermis dan subkutis. Terhadap rangsangan panas diperankan oleh badan-badan Ruffini di dermis dan subkutis. Terhadap dingin diperankan oleh badan-badan Krause yang terletak di dermis, badan taktil Meissner terletak di papila dermis berperan terhadap rabaan, demikian pula badan Merkel Ranvier yang terletak di epidermis. Sedangkan terhadap tekanan diperankan oleh badan Paccini di epidermis. Saraf-saraf sensorik tersebut lebih banyak jumlahnya di daerah yang erotik.

5. Fungsi sebagai pengaturan suhu tubuh (termoregulasi)
Kulit berkontribusi terhadap pengaturan suhu tubuh (termoregulasi) melalui dua cara: pengeluaran keringat dan menyesuaikan aliran darah di pembuluh kapiler. Pada saat suhu tinggi, tubuh akan mengeluarkan keringat dalam jumlah banyak serta memperlebar pembuluh darah (vasodilatasi) sehingga panas akan terbawa keluar dari tubuh. Sebaliknya, pada saat suhu rendah, tubuh akan mengeluarkan lebih sedikit keringat dan mempersempit pembuluh darah (vasokonstriksi) sehingga mengurangi pengeluaran panas oleh tubuh.

6. Fungsi pembentukan vitamin D
Sintesis vitamin D dilakukan dengan mengaktivasi prekursor 7 dihidroksi kolesterol dengan bantuan sinar ultraviolet. Enzim di hati dan ginjal lalu memodifikasi prekursor dan menghasilkan calcitriol, bentuk vitamin D yang aktif. Calcitriol adalah hormon yang berperan dalam mengabsorpsi kalsium makanan dari traktus gastrointestinal ke dalam pembuluh darah.

Tubuh memang mampu menghasilkan vitamin D dengan sendirinya tetapi masih belum mampu memenuhi kebutuhan tubuh secara menyeluruh sehingga pemberian vitamin D secara buatan atau yang dapat diperoleh dari sumber makanan, buah-buahan dan sayuran yang banyak mengandung vitamin D masih tetap diperlukan. Pada manusia kulit dapat pula mengekspresikan emosi karena adanya pembuluh darah, kelenjar keringat, dan otot-otot di bawah kulit.

struktur kulit manusia

Deria Sentuhan
Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.

Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalahkulit (skin).
Struktur kulit manusia:

Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).

Dermis:
  • Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
  • Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.
  • Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).
  • Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
  • Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.
Epidermis:
  • Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.
  • Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
  • Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

Tahap kepekaan kulit

Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap bahagian yang berlainan pada badan.

Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.

Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor
  • Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
  • Bilangan reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia
  • Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.

  • Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada rangsangan  sejuk dan panas.

  • Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.

Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:
  • Tempat suntikan pada badan.
    Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.
  • Membaca 'Braille'.
    Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.